Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Showing posts with label CERITA KESOH KAMPONG KITA WEH... Show all posts
Showing posts with label CERITA KESOH KAMPONG KITA WEH... Show all posts

Monday, March 19, 2012

Tampung keperluan susu segar

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR

utusanktn@gmail.com


Abu Bakar Bawa (duduk kanan) bersama pekerjanya menjalani proses pemerahan susu mengikut giliran di ladangnya di Kampung Tanjung Besar, Temerloh, baru-baru ini. - utusan/Musazlila Mustapar



TEMERLOH 19 Mac - Industri ternakan negara semakin mendapat tempat di kalangan penternak tempatan bagi menyediakan bekalan daging kepada penduduk di negara ini.
Melihat kepada senario itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan supaya para penternak meneruskan perniagaan itu sebagai cara mengurangkan kebergantungan bekalan tersebut dari luar negara.
Selain menternak lembu untuk mendapatkan dagingnya, bidang ternakan lembu tenusu juga berpotensi menjadi salah satu bidang utama yang mampu memberikan hasil lumayan kepada pengusaha.
Menceburi bidang tersebut juga adalah sebagai menampung permintaan dalam negara yang sememangnya tidak mencukupi.

Wednesday, July 20, 2011

Balai bomba baru bernilai RM8 juta


TEMERLOH 20 Julai - Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang baru bernilai RM8 juta akan siap sepenuhnya akhir tahun depan bakal menjadi balai operasi bagi Zon Timur.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, balai bomba baru itu akan menjadi balai utama yang mengendalikan sembilan balai lain di bawahnya.
Menurutnya, ia yang mula dibina awal tahun ini akan menggantikan balai bomba Temerloh.
"Kita menjangkakan balai bomba baru ini siap sepenuhnya hujung tahun depan dengan kedudukannya yang lebih strategik iaitu di laluan utama Mentakab, Temerloh dan Seberang Temerloh dekat Bukit Angin.
"Kedudukan lebih baik ini akan banyak membantu dalam setiap operasi menyelamat yang dijalankan anggota bomba daerah ini," katanya selepas merasmikan program Teman Pili Bomba anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab di sini, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata, pihaknya kini mempunyai 34 stesen pasukan bomba sukarela dengan keahlian seramai 1,600 orang.
Beliau memberitahu, pihaknya juga menerima sembilan kereta Proton Arena bagi tujuan kerja-kerja memadam kebakaran yang ditempatkan di beberapa stesen bomba sukarela terpilih di seluruh negeri.
"Salah sebuah kenderaan itu kita tempatkan di Kerdau yang disampaikan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau baru-baru ini," katanya.
Abdul Wahab berkata, pasukan bomba sukarela terdiri daripada kalangan orang awam yang diberi latihan asas memadam kebakaran sebagai tindakan awal sebelum ketibaan pasukan bomba utama.

~ Alhamdulilah....Balai Polis baru....Balai bomba pun baru x lama lagi....Moga2 temerloh akan terus pesat  membangun dan makmur sentiasa lah... 

95% terima bekalan elektrik



Mohd. Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Affendi Abd. Rahman di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 20 Julai - Lebih 95 peratus penduduk negeri ini termasuk di kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli di Pahang telah menikmati kemudahan bekalan elektrik.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu hanya beberapa kawasan masih belum menerima kemudahan itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) terutama di perkampungan Orang Asli yang terlalu jauh di pedalaman.
 
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan memastikan kawasan terbabit menerima sepenuhnya bekalan elektrik dalam tempoh terdekat ini.
"Setiap rakyat negeri ini boleh menikmati bekalan elektrik dengan selesa tidak seperti 20 tahun lalu apabila banyak kawasan pedalaman yang tidak menerima bekalan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kesihatan dan Keselamatan Elektrik serta Penerangan Tarif Elektrik Bersama TNB Temerloh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Operasi (Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Roslan Abd. Rahman dan Pengurus TNB Temerloh, Affendi Abd. Rahman.
Mohd. Sharkar berkata, dengan kemudahan yang disediakan TNB itu membuktikan kerajaan sentiasa memastikan rakyat negeri ini menerima kemudahan yang sama tanpa mengambil kira lokasi penempatan masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Sharkar menasihati rakyat supaya berjimat selepas kadar baru tarif elektrik dikuat kuasa 1 Jun lalu.

utusanpahang@utusan.com.my

Allhamdulilah....