Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Wednesday, September 29, 2010

MENSYORAT KE _ 2 TEMERLOH UNITED

 Antara sebahagian pegawai dan pentadbir pelantor TU

8/8/2010 merupakan tarikh keramat bagi semua warga Temerloh United, Ini kerana pada tarikh sekian telah berlangsung nye sekali lagi mensyorat yg boleh dikatakan besor utk warge TU. Pada kali mensyorat kali ini pelbagai agenda akan di usulkan.Antara angenda yg paling penting adalah utk mengadakan majelis Perjumpaan Hari raya & sukaneka utk semua warga Temerloh United. Manakala angenda yg lain pula ialah pelantikan Admin & pegawai2 yg baru,Hala Tuju Temerloh United , Pendaftaran Temerloh United , dan yg lain2 mana2 yg bersangkot paut.
Antara sedikit permandangan yg berjaya di rakamkan semasa perjalanan mensyorat berlangsung, agok hangat jugek suasana nye semasa persidangan ni berpandukan gambor2 ini. Boleh dilihat ke semua ahli majelis begitu tekun dan kusyuk memeratikan minit2 mensyorat dan ande setengoh nyer ralit ngat nengok ke kulit mutan hak dah belampor atas meja tu...
Dalam kesibukan timbalan pengerusi membentangkan usul2, begitu sibuk jugek lah ahli2 mejelis mengabiskan mutan2 hak tengoh meroh tu..
Berpandukan pada gambor ni ande kemungkinan mensyorat di berentikan seketika utk berehat...kelihatan bendahari tengoh ngutip duit dari ahli mejelis utk nok gi meli nasi bungkus...Daripada sumber2 yg boleh di percayai ramai ahli2 mejelis yg tertidor masa mensyorat berlangsung kerana kembong perut dan mabuk mutan akibat terlalu banyok makan mutan.
 Wajoh2 admin yg baru di lantik dalam mensyorat tersebut. Dengan perlantikan ini seluroh warga TU mengharapkan dengan perlantikan damer ber 3 ini semoga pelantor akan menajadi lebih kukoh dan riuh sokmo. Seluroh warga TU jugek sebulat sore menyokong dan menyambut baik  dengan keputusan para ahli majelis tertinggi TU di atas perlantikan ini.
Namun demikian kelihatan pulok para ahli mensyorat lelaki tidok lagi kemarok dengan buoh mutan yg dihidangkan.Dari cerita yg di percayai damer menolok/melarang buoh mutan di hidangkan ke meja damer."hantor ke meja org pompuan nun ajer.kome dah x dayer dah nok mencekek buoh mutan ni " antara ayat yg terpacul dari mulot saloh sorang ahli mejelis tetinggi iaitu Abbas Saad.
Namun begitu ahli mejelis pihok pompuan  sangat2 meyambut baik cadangan saudara Abbas tersebut.  "mengkala awokmer x nok ke buoh ni kome nok !! kome ni pahit dah mulot nok bercakap. Bok sini  buoh tu !!" saloh sorang ahli mejelis pompuan yg di kenali sebagai Hanie Azli mengeluorkan kata2 yg agok sedikit menggangu kelancoran mensyorat tersebut,namun begitu majelis bersambung dengan baik semula setelah buoh mutan tu sampai ke tangan Hanie Azlie.
Para ahli mensyorat pompuan tidok melepaskan peluang utk bergambor kenangan dengan pengerusi majelis iaitu Cicit Imam Perang setelah mensyorat di tamatkan lebih kurang 2 minit sebelom sesi bergambor ini.
Begitu jugek lah dengan barisan ahli mensyorat lelaki tidok melepaskan peluang nok bergambor dengan pengerusi majelis.Lebih kurang pukul 6.30 petang kebelaka semer ahli mejelis mula meniggalkan tempat bemensyorat tersebut. Dari maklumat yg di perolehi segala usul2 yg di bentang kan semasa mensyorat tersebut semernyer berjalan dengan lancor tork kira lah amenda usul pun semer nyer dah terjawap.Nok pulok dengan majelis perjumpaan raya yg merupakan agenda utama mensyorat itu diadakan semer nyer selesaii.. " semer nyer dah terjawap dan selesai, kita nunggu hari nyer jekk !! kata dek pengerusi TU semasa di temubual press.

No comments:

Post a Comment