Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Sunday, October 3, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN RAYA RODONG FACEBOOK TEMERLOH UNITED

Cicit Imam Perang, 2hb Oktober 2010

Seramai 240 ahli keluarga rodong-rodong TU telah berkumpul di Dataran Temerloh bagi meraikan Majlis Perjumpaan Raya yang telah dirancang sejak 3 bulan lalu. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh (Tok4) Rozali Mahadi drp J.Bharu dan dikuti dengan acara sukanika rakyat iaitu boling nyor, tuju tin, gelek rim basikal, tiup tepung, kukor nyor dan berbagai lagi. Program diselang-seli dengan acara suaikenal dan cabutan bertuah.

Sebelum itu, pada malam sebelumnya telah berlangsung Majlis Berkampung yang melibatkan seramai 60 orang rodong membuat persiapan terakhir dan dimeriahi dengan BBQ seafood serta rodong-rodong berkaraoke.

Sesuai dengan prinsip TU sebagai sebuah pertubuhan NGO yang tiada kepentingan politik, wakil-wakil drp pemimpin politik tempatan turut hadir untuk melihat serta mengenali rodong-rodong TU.

Semua rodong-rodong amat berpuas hati dan menyifatkan majlis tersebut sebagai berjaya merapatkan lagi silaturahim sesama rodong, yang selama ini dipupuk di Pelantor Maya Facebook TU. Bahkan ada antara mereka mendakwa tak mungkin ada lagi kelab2 di Temerloh yang berjaya melakukannya sebaik TU. Alhamdulillah.

Program secara rasminya berakhir pada jam 3.00 petang. Hujan yang membasahi Bandar Temerloh sebaik tamat majlis mengiringi perpisahan rodong-rodong dengan penuh kesayuan.























1 comment:

  1. Alhamdulillah..program ini telah selamat dan sempurna dijayakan. Suatu yg amat membanggakan dan pasti menjadi nostalgia buat semua rodong...Temerloh United menyatukan kita, tak kira siapa kita...apa ideologi politik kita...apa tahap akademik kita...apa taraf kehidupan kita..TAHNIOH SEME!!!!

    ReplyDelete