Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Sunday, December 26, 2010

Pembelot ancam masyarakat


KEJADIAN ragut berlaku ekoran sikap orang ramai yang memberi peluang dan ruang kepada penjenayah melakukan jenayah. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Individu yang diumpamakan musang berbulu ayam kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat apabila mereka dilabelkan sebagai pembelot dan penyebab kepada bertambahnya jenayah jalanan membabitkan kes ragut dan samun.
Golongan ini amat berbahaya kerana mereka digunakan oleh penjenayah untuk menjual barangan samun sekali gus menyebabkan kejadian jenayah akan terus subur walaupun dikekang oleh pihak berwajib.
Pembelot itu merupakan mereka yang sanggup membeli barangan curi pada harga murah daripada para penjenayah.
Dengan ruang dan peluang yang diberikan itu, penjenayah semakin rakus untuk memburu mangsa.
Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menjangka akan menjadi mangsa samun dan kalau boleh meramal, sudah tentu kita tidak mahu dijadikan sasaran kerana ia bukan sahaja mendatangkan kerugian malah kecederaan atau lebih teruk, maut.
Sebagai contoh, Kosmo! pernah melaporkan sebuah klinik di pinggir ibu negara menjadi sasaran sekumpulan empat penjenayah bergelar Penjahat Empat Jahanam yang melakukan samun terhadap doktor, empat pekerja dan seorang pesakit melibatkan kerugian RM10,000 pada 1 Januari lalu.
Dalam laporan itu, Kosmo! menyiarkan imej kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan empat lelaki Melayu bersenjatakan parang dan kapak menyamun premis itu.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, situasi berkenaan tidak akan berlaku sekiranya tiada pembelot di kalangan masyarakat.
Katanya, pembelot yang dimaksudkan ialah individu yang sanggup membeli barangan samun seperti barang kemas, telefon bimbit dan alatan elektrik pada harga murah.

WAHAI RODONG2 TEMERLOH UNITED  BERINGAT-RINGAT LAH KITA PADA MASALOH SEBEGINI JADI PADA KITA WARIS2 KITA....SENTIASA LAH AMALKAN SIKAP TIDOK MEMBERI PELUANG PADA DAMER2 YG KAKI RAGUT NI NOK MERAGUT...

No comments:

Post a Comment