Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Friday, March 25, 2011

Ibu, anak dakwa hilang wang dalam akaun bank


TEMERLOH 25 Mac - Seorang ibu dan anak lelakinya mendakwa kerugian kira-kira RM6,101.41 apabila duit simpanan mereka dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu, baru-baru ini.
Natrah Aziz, 43, mendakwa, dalam kejadian pada 6 Mac lalu, dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di sebuah bank di bandar ini dengan baki sebanyak RM1,451.41.
Bagaimanapun, katanya, pada 14 Mac lalu, dia sekali lagi mahu mengeluarkan wang simpanannya tetapi terkejut apabila melihat baki di dalam akaunnya hanya RM150.
"Saya terus bertanya kepada pihak bank ke mana perginya wang simpanan saya sedangkan selepas 6 Mac lalu saya tidak mengeluarkan wang.
''Saya begitu terkejut dan meminta pihak bank itu menunjukkan tarikh transaksi duit itu berlaku. Saya masih simpan resit lama dan menunjukkan baki sebenar yang sepatutnya ada dalam akaun saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Murni, Kerdau, dekat sini, semalam.
Natrah memberitahu, daripada penyata dan siasatan yang dilakukan pihak bank, menunjukkan terdapat ada bank lain yang mengambil wang daripada akaunnya.
''Saya tiada hutang dengan bank lain atau hutang kad kredit. Saya begitu kesal dengan perkara ini hingga menyebabkan kepercayaan saya pada pihak bank semakin pudar," katanya.
Nasib sama juga menimpa anak lelakinya, Fakhrul Razi Ahmad Khairi, 21, yang kehilangan wang simpanan sebanyak RM4,800 walaupun baru sehari membuka akaun di salah sebuah bank di bandar ini baru-baru ini.
Fakhrul Razi mendakwa, dia amat kecewa dengan pengurusan bank terbabit kerana keselamatan wangnya tidak lagi terjamin.
''Apabila saya bertanya kepada pihak bank mengenai kejadian itu, mereka menjawab saya sengaja menayangkan nombor pin kepada orang lain.
"Dalam hal ini saya minta pihak bank memberi perhatian serius mengenai kejadian kehilangan wang simpanan secara tersembunyi seperti ini. Mungkin ada orang lain yang senasib dengan saya dan ibu saya," katanya.
Berikutan kejadian itu, tambahnya, dia dan ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

1 comment:

  1. Ngaper lah nipu org kampong....org kampong koii pulok tu....x der hati perut lalu.....

    ReplyDelete