Petua Memikat Suami
Bagi para-para isteri yang ingin mendapatkan maklumat cara memikat suami sudah tentu ada cara yang tersendiri kerana anda sajalah yang tahu perangai suami anda.
Bagi isteri yang baru bernikah pula ingin terus kekal suaminya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya,
Pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal suami sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.
Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.
Maka di bawah ini koleksi petua telah mengutip beberapa sumber di internet dan buku sebagai pertambahan ilmu dan panduan.
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
No comments:
Post a Comment