29/5/2011 mungkin akan menjadi hari besejaroh bagi kesemua warge PESAT kerane pada hari itu akan berlangsung nye satu perhimpunan yg akan mengompoikan kesemue warga PESAT dari ceruk rantau...Maka pada kali ini sekali lagi Dataran Temerloh akan bergema dengan sorok2 dan gelok tawa warge PESAT
Banner yg akan turut sama menyaksikan kehadiran warge PESAT dan merupakan banner rasmi bagi ancara pada kali ini.
Aturacara majelis utk panduan warge PESAT agor mudoh muwat perancangan dan pesediaan bagi acara pada kali ini kerana ianye melibatkan masa hingga 2 hari..
28/5/2011 jam 8 malam acara akan di mulakan dengan perlawanan putsal tertutup warga PESAT terlebih dahulu yg mana setiap penyertaan/team kena di wakili oleh kaum wanita dan lelaki sekali..3 wanita + 4 lelaki x pun 4 wanita + 3 laki mana yg sesuai mengikut kehandalan team itu lah agok nye...untuk acara putsal pada kali ni akan di kemudi oleh Puan Hanie Azlie..apa2 hei cari dia...
Dalam menantikan rodong2 PESAT main putsal tu turut di adakan sekali acara melalok (karoke) supaya mana rodong2 x dayer nok main putsal tu ande menda nok dibuat nye, tidok lah melanggok aje...sekurang-kurang boleh nyumbangkan lagu dan ngiburkan rodong2 hak tengoh letih masa main putsal tu...
Tamat jer main putsal , satu lagi acara iaitu menbakor menda2 yg patut ( BBQ ) dengor kabor ande dapat ayam,sotong dan mcm2 lagi lah....Untuk acara ini sedare sopi akan mengemudi tempat membakor tesebut makne nya org lain x boleh nok nunjuk pandei pada mlm tu...menkala nok duk dekat ngan dapur dia tu hanya boleh nolong dia lebih2 kurang jer...mungkin acara membakor ni akan berlarutan sampai jam 2-3 pagi bergantung pada yg dayer berjage lah...
Semoga acara pada tahun 2011 akan menjadi bertamboh merioh lagi dari acara pada tahun 2010, apa2 pun di setiap acara sekali pun tentu ada kelainan nye dan pasti akan meningeikan nostalgia yg mungkin agok sukor nok dilupakan pada diri masing2...
29/5/2011 masa pendaftoran kehadiran tu warge PESAT turut akan di di daftorkan sekali utk acara tukor2 hadioh yg mana acara ini telah pun di pesan awei2 oleh org kuat nye Puan Siti Noraya supaya bawok hadioh yg nok di tukor2 tu sekali masa muwat pendaftoran tu...kalau tidok x layok masuk...
Untuk acara potluck pulok akan di kemudikan oleh Puan Sapioh segala urusan boleh lah berhubung dengan dia jgn cari org lain pulok takut karang kuih ntoh koner pergi nye...
Betui ke tidok hadioh ni utk acara cabutan nomboi bertuoh x tau lah..tapi kalau x betuii x kan org berani nok nunjuk gambor...agok nye betuii dah ni....Haa wei...antara hadioh2 yg bakei awokmer bawok balik....tuoh org saper yg tau....
Betuii amat kabor dek org dulu2 tu... " dalam kita bergembira jangan di lupa pada yg berhiba dan berduka..." maka demi merealisasikan harapan warga PESAT utk menjadikan PESAT saloh satu pertubuhan yg mementingkan kebajikan maka satu lagi acara tambohan di adakan iaitu acara JUALAN AMAL PAKAIAN TERPAKAI yg manahasil nye akan di sumbangkan ke rumoh KEBAJIKAN DAN ANOK2 YATIM D"NASTI..semoga rodong2 PESAT dapat meyumbangkan dan meringankan sedikit bebanan mereka..
Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !
Wednesday, May 25, 2011
Wednesday, May 18, 2011
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
10 PETANDA DIA JODOH KITA....... Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapka...n oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1.Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 2.Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 3.Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 4.Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 5.Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 6.Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 7.Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 8.Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 9.Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 10.Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Monday, May 9, 2011
RASMI NYE SUDOH PESAT
Hampir setahun jugek menanti kan Temerloh united di daftorkan sebagei petubuhan berdaftor , Dari awei penubuhan nyer di cadangkan dengan geloran Temerloh United, Tapi bila dah ramai ahli yg dah join dah mcm x releben pulok nok pakai nama gitu sebab takut org keliru,takut org ngaborkan itu geng main bolo pulok nanti...takut ramai pulok ahli yg nok narik diri pasei x dayer nok berlari..bertukor pulok kepada Pertubuhan temerloh bersatu...Bila pakei nama Pertubuhan Temerloh bersatu ni boleh kata semer ahli 100 persen lah setuju.....dan nama ni pun di pakai lah hampir 4-5 bulan jugek...Lama kelamaan mcm x sedak pulok nama ni sbb x boleh nok singkatkan/atau kalau nok singkat kan mcm x kena pulok gayer nyer....PTB mcm susoh pulok org nok nyebut nyer.....
Rondeng punye rondeng sesama org kuat dan para pentadbir2 pelantor maka sepakat semua dengan nama baru iaitu PESAT ( Pertubuhan Silaturahim Anak-Anak Temerloh Bersatu )Maka pada 20 MEI 2011 dengan rasmi nye PESAT telah pun di daftorkan.....
Rondeng punye rondeng sesama org kuat dan para pentadbir2 pelantor maka sepakat semua dengan nama baru iaitu PESAT ( Pertubuhan Silaturahim Anak-Anak Temerloh Bersatu )Maka pada 20 MEI 2011 dengan rasmi nye PESAT telah pun di daftorkan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)














