Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Saturday, March 24, 2012

PETUA HILANGKAN BAU BADAN


Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh

Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras

Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
atau
Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda

Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.


http://101petua.blogspot.com

ZIAROH PENGERUSI PESAT DI HOSPITAL AMPANG PUTRI


~ Wakil biro kebajikan dan kemasyarakatan PESAT dari zon TULK menziaroh Pengerusi PESAT di Hospital Ampang Putri akibat jangkitan kuman di paru-paru....Dari maklumat yg diterima nampok nye Tuan Pengerusi kita ni dah semakin sihat,makan pun dah beselera...insyaallah sari dua lagi dah boleh balik kerumoh dah....Syukur Alhamdulilah.....
Penulis yg mewakili seluruh ahli pesat dan kesemer ahli TU mengharapkan dan mendoakan semoga Tuan Pengerusi ( CIP ) cepat2 semboh seperti sediakala....

Friday, March 23, 2012

KEBAJIKAN RODONG ZON KUANTAN

Menziaroh dan meyampaikan sedikit buoh tangan kepada ayoh kepada seorang ahli PESAT zon  kuantan yg dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan pada 22.3.2012...