Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Friday, March 23, 2012

Aktibiti Biro Kebajikan & Kemasyaraktan PESAT

 Berat mata yg memandang...Berat lagi bahu yang memikul...Mungkin aki ini saloh sorang dari waris kita...
Menziaroh dan meyampaikan sumbangan kepada sorang warga emas yg terlantor sakit di Kampong Paya Keladan,Temerloh.
 Menyampai kan sedikit sumbangan ikhlas kepada warga emas di Kampong Raja,Songsang. 

 Nyampeikan sedikit bantuan pada golong yg kurang berkemampuan..jugek org Temerloh...

Ini saloh 1 aktibiti PESAT yg di jayakan oleh Biro Kebajikan & Kemasyrakatan PESAT utk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang kemapuan di sekitor Temerloh...Oleh itu dengan rendoh diri Barisan PESAT mengalu-alukan rodong2 Temerloh United mendaftor sebagai ahli PESAT di mana dengan cara ini kita semua dapat berbakti dan menghulurkan bantuan kepada golongan yg kurang kemampuan di sekitor kampong-kampong kita...

Wednesday, March 21, 2012

PETUA KENA UGUT KELUORKAN DUIT KAT BANK


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

Tuesday, March 20, 2012

PETUA BUASIR


Jangan buang kulit manggis. Basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.