Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Tuesday, March 20, 2012

PETUA NOK NEGANGKAN KOPEK


Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudada menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

1) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

2) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

4) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.

Monday, March 19, 2012

Tampung keperluan susu segar

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR

utusanktn@gmail.com


Abu Bakar Bawa (duduk kanan) bersama pekerjanya menjalani proses pemerahan susu mengikut giliran di ladangnya di Kampung Tanjung Besar, Temerloh, baru-baru ini. - utusan/Musazlila Mustapar



TEMERLOH 19 Mac - Industri ternakan negara semakin mendapat tempat di kalangan penternak tempatan bagi menyediakan bekalan daging kepada penduduk di negara ini.
Melihat kepada senario itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan supaya para penternak meneruskan perniagaan itu sebagai cara mengurangkan kebergantungan bekalan tersebut dari luar negara.
Selain menternak lembu untuk mendapatkan dagingnya, bidang ternakan lembu tenusu juga berpotensi menjadi salah satu bidang utama yang mampu memberikan hasil lumayan kepada pengusaha.
Menceburi bidang tersebut juga adalah sebagai menampung permintaan dalam negara yang sememangnya tidak mencukupi.

Wednesday, March 14, 2012

BARISAN KEPIMPINAN BARU PESAT











Penulis blog PESAT mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahnioh kepada ahli jemooh pangkuan PESAT sesi 2012-2013. Semoga dengan pelantikan ini, seluruh ahli PESAT mendapat bimbingan dan pembaharuan dalam menjayekan aktibiti PESAT di bawoh barisan jemooh ini.Semoga PESAT akan kukuh berdiri dan mencapai matlamat dalam mengeratkan silaturahim ahli-ahli nye...Tahnioh...Tahnioh...Tahnioh...