Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Saturday, July 23, 2011

SELAMAT PEGANTIN BARU RODONG......


Kebelake semer rodong2 PESAT x kire di mane berade pun, mendoakan dan mengucapkan selamat pengantin baru  kepada  rodong PESAT kita iaitu Ruziana Bte Kamarozaman @ ujiey dan laki nye  Zulnizam Dmitri dengan harapan semoga kekei bahagia hingge ke akhir hayat dan di kurniekan zuriat yg baik2...


Wednesday, July 20, 2011

Balai bomba baru bernilai RM8 juta


TEMERLOH 20 Julai - Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang baru bernilai RM8 juta akan siap sepenuhnya akhir tahun depan bakal menjadi balai operasi bagi Zon Timur.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, balai bomba baru itu akan menjadi balai utama yang mengendalikan sembilan balai lain di bawahnya.
Menurutnya, ia yang mula dibina awal tahun ini akan menggantikan balai bomba Temerloh.
"Kita menjangkakan balai bomba baru ini siap sepenuhnya hujung tahun depan dengan kedudukannya yang lebih strategik iaitu di laluan utama Mentakab, Temerloh dan Seberang Temerloh dekat Bukit Angin.
"Kedudukan lebih baik ini akan banyak membantu dalam setiap operasi menyelamat yang dijalankan anggota bomba daerah ini," katanya selepas merasmikan program Teman Pili Bomba anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab di sini, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab berkata, pihaknya kini mempunyai 34 stesen pasukan bomba sukarela dengan keahlian seramai 1,600 orang.
Beliau memberitahu, pihaknya juga menerima sembilan kereta Proton Arena bagi tujuan kerja-kerja memadam kebakaran yang ditempatkan di beberapa stesen bomba sukarela terpilih di seluruh negeri.
"Salah sebuah kenderaan itu kita tempatkan di Kerdau yang disampaikan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau baru-baru ini," katanya.
Abdul Wahab berkata, pasukan bomba sukarela terdiri daripada kalangan orang awam yang diberi latihan asas memadam kebakaran sebagai tindakan awal sebelum ketibaan pasukan bomba utama.

~ Alhamdulilah....Balai Polis baru....Balai bomba pun baru x lama lagi....Moga2 temerloh akan terus pesat  membangun dan makmur sentiasa lah... 

95% terima bekalan elektrik



Mohd. Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Affendi Abd. Rahman di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.


TEMERLOH 20 Julai - Lebih 95 peratus penduduk negeri ini termasuk di kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli di Pahang telah menikmati kemudahan bekalan elektrik.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu hanya beberapa kawasan masih belum menerima kemudahan itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) terutama di perkampungan Orang Asli yang terlalu jauh di pedalaman.
 
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri akan memastikan kawasan terbabit menerima sepenuhnya bekalan elektrik dalam tempoh terdekat ini.
"Setiap rakyat negeri ini boleh menikmati bekalan elektrik dengan selesa tidak seperti 20 tahun lalu apabila banyak kawasan pedalaman yang tidak menerima bekalan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kesihatan dan Keselamatan Elektrik serta Penerangan Tarif Elektrik Bersama TNB Temerloh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Operasi (Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Roslan Abd. Rahman dan Pengurus TNB Temerloh, Affendi Abd. Rahman.
Mohd. Sharkar berkata, dengan kemudahan yang disediakan TNB itu membuktikan kerajaan sentiasa memastikan rakyat negeri ini menerima kemudahan yang sama tanpa mengambil kira lokasi penempatan masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Sharkar menasihati rakyat supaya berjimat selepas kadar baru tarif elektrik dikuat kuasa 1 Jun lalu.

utusanpahang@utusan.com.my

Allhamdulilah....

Sunday, July 17, 2011

PROGRAM AMAL PESAT


Dengan rendoh diri barisan pentadbir PESAT menjemput kebelake semer rodong2 PESAT turuit serta dalam menjayakan program pada kali ini....semoga dengan kehadiran rodong2 akan bertamboh merioh lagi lah program amal ini...

KEBAJIKAN RODONG-RODONG


Assalamualaikum rodong2 semer...Makluman yak, kutipan untuk sedare kite Zoharuddin Hashim telah pun diserahkan oleh Rosniza Said kepada isteri beliau sebanyak RM800. Semoge sumbangan ikhlas rodong2 sedikit sebanyok mambantu meringankan beban rodong kiter ni.
Terimakasih rodong2di Kuantan, Temerloh, Kuala Lumpor sereta serata Melesia. Semoge Allah SWT memberkati usaha kiter semer ni.. Insyallah..