Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Thursday, February 24, 2011

Yayasan Pahang naik biasiswa pelajar cemerlang


Adnan Yaakob berbual dengan salah seorang pelajar pada majlis penyampaian bantuan dan biasiswa di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Kerdau, Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 24 Feb. - Yayasan Pahang (YP) meningkatkan kadar biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mulai tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dengan kenaikan itu, kadar biasiswa bagi murid cemerlang dinaikkan kepada RM300 seorang berbanding RM200 sebelum ini.
''Bagi pelajar sekolah menengah, mereka yang cemerlang akan menerima biasiswa sebanyak RM600 seorang berbanding RM500 sebelum ini," katanya.

Saturday, February 12, 2011

400 Orang Asli peluk Islam



MOHAMED Jaafar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam Orang Asli di Lubuk Wong, baru-baru ini.


TEMERLOH 11 Feb. – Seramai 400 daripada 3,000 Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak dekat sini telah memeluk agama Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, jumlah itu membuktikan syiar Islam diterima baik oleh masyarakat kaum itu.
Menurut beliau, bagi memastikan mereka memahami agama Islam yang sebenar, beliau berharap Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bersama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memastikan saudara baru itu sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada guru agama yang bertauliah.
Beliau berkata, saudara baru itu memerlukan didikan agama yang secukupnya dengan memberi penekanan kepada soal menunaikan solat, membaca al-Quran dan fardu ain untuk memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Islam.
“Kita gembira dan bersyukur kerana masyarakat Orang Asli di sini sudah mula menerima Islam sebagai agama dan pegangan hidup.
“Harapan diletakkan kepada PAID dan JAIP supaya dapat memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa serta memberikan bimbingan yang secukupnya.
“Beberapa kampung Orang Asli di sini sudah mempunyai surau seperti di Penderas dan Lubuk Wong. Dengan adanya surau ini, dapatlah beri peluang kepada mereka belajar agama serta menunaikan solat lima waktu secara berjemaah,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita semasa hadir dalam majlis ramah mesra dan perjumpaan bersama masyarakat Islam Orang Asli di Kampung Lubuk Wong, Kala Krau, dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Kadi Daerah, Zahari Daud dan Penghulu Mukim Jenderak, Zainal Azman Bidin.
Mohamed berkata, selain guru agama yang dilantik oleh kedua-dua agensi terbabit imam masjid di kampung berdekatan juga boleh membantu dalam memberikan tunjuk ajar dalam hal agama kepada saudara baru itu.
Katanya, sekiranya terdapat program keagamaan di masjid tidak salah jika mengajak sekali saudara baru tersebut menyertainya supaya mereka lebih mudah memahami Islam dan dapat mengeratkan lagi silaturahim.
“Bukan sahaja program keagamaan malah jika ada kenduri di kampung berdekatan juga boleh mengajak mereka untuk sama-sama bergotong-royong memasak serta menyediakan makanan kenduri itu.
“Mereka perlu didedahkan juga dengan amalan kemasyarakatan yang mengukuhkan lagi persaudaraan antara umat Islam,” katanya.

Kedai emas rugi RM600,000 dirompak tiga penjenayah


TEMERLOH 11 Feb. - Seorang peniaga kedai emas kerugian RM600,000 apabila lapan dulang barang kemas dari premis miliknya dilarikan tiga penjenayah dalam rompakan di Lurah Semantan di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat.
Dua daripada penjenayah itu menyerbu kedai tersebut dengan salah seorang daripada mereka mengacukan pistol kepada pemilik kedai dan pekerjanya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, berusia lingkungan 30-an berkata, kedua-dua penjenayah yang tidak menutup muka turut mengarahkan dia dan pekerja lain berdiam diri.
"Pada masa yang sama, mereka segera mengambil dulang berisi barang kemas yang besar dan memasukkannya ke dalam guni.
"Tidak sampai 10 minit, mereka kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang menunggu di luar kedai," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan R. Sundralingam, kedai tersebut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan cakera rakaman kejadian itu telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan rompakan itu dan dua daripada perompak yang memasuki kedai itu dipercayai berketurunan Melayu serta berbadan gempal.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis belum mendapat petunjuk yang dapat membantu siasatan.
"Sehubungan itu, kami meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis dengan menghubungi IPD Temerloh di talian 09-296499," katanya.
Mohd. Nor berkata, kerugian akibat rompakan tersebut dianggarkan kurang RM600,000 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Thursday, February 10, 2011

Bantah bina turbin elektrik


TEMERLOH 10 Feb. - Penduduk Kampung Buntut Pulau dekat sini membantah rancangan sebuah syarikat yang terbabit dalam industri penjana tenaga bebas (IPP) untuk memasang turbin di Sungai Pahang bagi membekalkan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Mereka bimbang kerana ia akan menyebabkan kualiti air Sungai Pahang terjejas dan boleh mengancam mata pencarian lebih 200 nelayan sungai serta pengusaha ternakan ikan sangkar.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Muhammad Amin Nawawi, 26, berkata, syarikat terbabit tidak perlu berbuat demikian di kawasan berkenaan memandangkan bekalan elektrik di daerah ini mencukupi.
''Saya bimbang pemasangan turbin itu akan menjejaskan pendapatan pengusaha ikan sangkar dan nelayan sungai apabila kualiti air merosot kerana dicemari sisa buangan bahan kimia daripada turbin itu.
''Turbin tersebut bukan sahaja akan mengancam pendapatan nelayan sekitar kampung ini tetapi sepanjang Sungai Pahang bermula di tapak pembinaan turbin itu sehingga ke Maran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Salah seorang pengusaha ikan sangkar, Saharudin Ahmad, 27, berkata, mereka membantah projek berkenaan walaupun tidak mengetahui kesan jangka panjang kerana bimbang industri ternakan ikan sangkar sungai akan terjejas.
''Sekarang ini pun kami mengalami pelbagai masalah sampingan seperti makanan, persekitaran dan kualiti air yang selalu mengakibatkan ternakan mati.
''Jika projek itu dibenarkan kami khuatir ia akan mendatangkan kesan kepada persekitaran yang boleh menyebabkan kami mengalami kerugian besar dan seterusnya melumpuhkan industri itu," katanya.
Seorang nelayan sungai, Hashim Abdullah, 44, berharap kerajaan negeri membatalkan hasrat syarikat berkenaan kerana bimbang lebih banyak kesan buruk berlaku berbanding manfaat yang diperoleh oleh penduduk kawasan sekitar.
''Kerajaan perlu mengkaji lebih mendalam kesan daripada projek yang dicadangkan itu kerana ia merangkumi kesan terhadap ekonomi penduduk setempat, ekologi, persekitaran sungai dan alam sekitar.
"Penduduk yang bergantung hidup pada sungai bimbang jika ia diteruskan akan menyebabkan pencemaran yang boleh mengancam mata pencarian mereka," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, kerajaan akan menimbang pelbagai aspek seperti alam sekitar dan pandangan rakyat sebelum meluluskan sesuatu projek.
''Kerajaan negeri ada menerima permohonan daripada syarikat terbabit untuk membina turbin di Sungai Pahang berhampiran Kampung Buntut Pulau bagi menjana kuasa elektrik untuk dibekalkan kepada TNB.
''Bagaimanapun permohonan itu belum diluluskan kerana belum ada laporan kajian impak alam sekitar dibuat dan pandangan penduduk kampung berkenaan mengenai projek tersebut," katanya.
Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat seperti slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan akan memastikan pandangan mereka diambil kira sebelum meluluskan projek pembinaan turbin berkenaan.

Baik pulih segera masjid lama Kampung Bolok



masjid berusia 72 tahun di Kampung Bolok, Lanchang, Temerloh ini wajar dipagar dan dijaga kebersihannya sebagai bangunan warisan.


TEMERLOH 10 Feb. - Penduduk sekitar Kampung Bolok, Lanchang dekat sini berharap kerja-kerja baik pulih masjid lama di kampung itu dapat disiapkan segera memandangkan terdapat beberapa bahagian tertentu yang masih belum lagi dibaiki.
Masjid yang berusia 72 tahun itu telah diambil oleh Jabatan Warisan Negara untuk dibaik pulih memandangkan bangunan tersebut merupakan bangunan warisan.
Seorang penduduk kampung tersebut, Ahmad Solihin Wahid, 45, berkata, tapak masjid itu diserahkan kepada jabatan itu pada 10 Julai tahun lalu untuk kerja-kerja konservasi dan baik pulih.
"Kita harap pihak berkenaan menyegerakan kerja-kerja baik pulih masjid itu kerana sudah ada kerosakan yang dipercayai dilakukan oleh kanak-kanak.
"Kawasan persekitaran masjid itu yang tidak berpagar juga membolehkan sesiapa sahaja memasukinya.
"Persekitaran masjid dilihat sudah mula dipenuhi sampah sarap dan meminta pihak berkenaan mengambil berat akan perkara itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia ke masjid itu mendapati memang wajar masjid itu dipelihara kerana pembinaannya yang masih kukuh, tidak dimakan anai-anai dan tiada paku digunakan bagi pembinaan bangunan itu.
Utusan Malaysia juga difahamkan masjid ini dibina oleh Allahyarham Aki Jalaluddin, Aki Wok dan dua orang lagi adik-beradik. Mereka membina masjid ini menggunakan kayu yang dicari dari hutan berhampiran.
Selain itu, pahlawan terbilang Pahang, Mat Kilau bersama pengikutnya dikatakan pernah singgah di masjid ini untuk menunaikan solat sebelum menyambung semula perjalanan bagi menentang penjajah.
Ahmad Solihin berkata, dia berharap pihak berkenaan mempercepatkan proses baik pulih masjid itu dan membukanya untuk tatapan orang ramai terutama pelancong luar negara mengenai perkembangan Islam di kawasan ini.
Katanya, masjid itu terletak di jalan utama menuju ke Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah dan pihak terbabit boleh menjadikan masjid tersebut sebagai salah satu produk pelancongan di Lanchang.
"Kita berharap pihak berkaitan membina papan tanda yang jelas mengenai sejarah masjid tersebut dan memaparkan gambar lama masjid ini sebelum diubah suai.
"Seorang penjaga juga perlu dilantik bagi menjaga masjid ini supaya ia sentiasa bersih dan ceria," katanya.

Misteri 20 kucing mati digigit terjawab


MENTAKAB 10 Feb. - Misteri kematian 20 ekor kucing di Taman Bukit Bendera di sini akhirnya terjawab apabila seekor musang berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sini semalam.
Kematian haiwan itu mula disedari sejak dua minggu lalu oleh penduduk taman tersebut yang bingung apabila setiap hari menemui bangkai kucing dengan kesan gigitan di leher.
Penduduk taman itu, Abdul Hamid Khan Ibrahim, 42, berkata, pada mulanya mereka tidak menghiraukan mengenai punca kematian kucing-kucing tersebut tetapi hairan setiap hari ada dua hingga tiga ekor kucing mati.
Katanya, perkembangan itu membuatkan mereka menjadi risau dan mula tidak sedap hati.
''Pada mulanya kami tidak tahu punca kematiannya sehinggalah ada penduduk yang ternampak kucing itu mati diserang oleh musang.
"Penduduk itu melihat terdapat empat ekor musang berkeliaran di sekitar perumahan di Lorong 4D taman perumahan ini.
"Bukan itu sahaja, selepas melihat musang itu berkeliaran ada penduduk mengadu binatang itu mula berani masuk dalam rumah penduduk untuk mencari makanan," katanya di sini semalam.
Abdul Hamid Khan berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku terhadap penduduk taman itu mereka segera menghubungi Perhilitan Temerloh untuk menangkap musang terbabit.
Menurutnya, kakitangan Perhilitan segera datang dan memasang perangkap dengan menggunakan sebiji pisang dan akhirnya musang itu berjaya ditangkap.
"Kami harap pihak Perhilitan terus memasang perangkap itu kerana mungkin ada lagi musang sekitar kawasan ini dapat ditangkap bagi menjamin keselamatan penduduk dan tiada lagi kucing yang mati," katanya.
Utusan Malaysia difahamkan ketenteraman penduduk di sini bukan sahaja diganggu oleh musang sahaja malah binatang lain seperti kera dan ular.
Katanya, penduduk di sini mengucapkan terima kasih kepada Perhilitan yang membantu menangkap musang itu dari terus berkeliaran.

Wednesday, February 9, 2011

Kutipan zakat Pahang meningkat RM74 juta



Wan Abdul Wahid Wan Hassan (kanan) menyerahkan kunci replika rumah PPRT kepada warga emas, Daud Talib, 79, di Temerloh, Pahang, kelmarin.


TEMERLOH 9 Feb. - Kesedaran umat Islam negeri ini menunaikan tanggungjawab membayar zakat semakin meningkat apabila jumlah kutipan meningkat kepada RM74 juta pada tahun lalu.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, berbanding 2009, pihaknya dapat mengutip zakat sebanyak RM70 juta.
Daripada jumlah zakat itu, katanya, sebanyak RM53 juta diperuntukkan untuk membantu golongan yang memerlukan manakala RM150,000 pula disalurkan kepada hospital kerajaan di seluruh negeri ini.
"Daripada RM74 juta itu, sebanyak RM7 juta adalah zakat fitrah. Kita bersyukur kerana kesedaran umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga itu kian meningkat dan melalui zakat, dapatlah kita membantu golongan yang memerlukan dan membasmi kemiskinan tegar.
''Kita juga bersyukur kerana dapat menambah jumlah bantuan kepada hospital untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan.
''Pesakit yang memerlukan kos perubatan yang tinggi atau peralatan perubatan boleh berjumpa dengan pihak hospital dan meminta bantuan tersebut yang diberikan MUIP," katanya.
Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah asnaf dan bantuan agihan zakat serta merasmikan pembukaan Pejabat Penghulu Mukim Jenderak 1, dekat sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar, Penghulu Mukim Jenderak 1, Zainal Azman Bidin dan Kadi Daerah Temerloh, Shaharuddin Mohd. Nor.
Wan Abdul Wahid berkata, pihaknya bersama kerajaan negeri telah membina sebanyak 150 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan miskin tegar.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya memerlukan bantuan daripada jawatankuasa masjid, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan pemimpin setempat untuk memaklumkan kepada MUIP jika ada golongan yang memerlukan bantuan tersebut.
''MUIP akan menyiasat segala laporan yang diterima sebelum menyerahkan rumah PPRT itu kepada yang layak," katanya.
Bagi tujuan itu beliau memberitahu, MUIP mewujudkan pejabat cawangan di setiap daerah bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan majlis agama Islam itu.
"Golongan yang memerlukan bantuan ini boleh berjumpa dengan pegawai MUIP yang bertugas di cawangan supaya tindakan dapat diambil segera," ujarnya.

Tuesday, February 8, 2011

Bantuan baja kepada petani usaha tanah terbiar


TEMERLOH 8 Feb. - Kerajaan bersedia menyalurkan bantuan baja kepada petani sebagai galakan untuk mereka mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai tanaman komersial.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, kerajaan melalui Jabatan Pertanian juga sedia memberikan khidmat nasihat kepada petani yang mengusahakan tanah terbiar.
"Kita lihat pemberian baja kepada petani yang berjaya ini merupakan satu langkah yang baik apabila ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada petani lain untuk sama-sama berusaha meningkatkan hasil pertanian mereka.
"Pemberian baja seperti baja organik sangat diperlukan oleh petani. Kita harap selepas ini lebih ramai petani mengusahakan tanah terbiar masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis 'Moh Makan Jagung Sepetang Bersama Penduduk Chatin' dan pemberian baja kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chatin di Mentakab, dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Penghulu Mukim Mentakab II, Khaidhir Azly Daharudin.
Boon Seong berkata, pihaknya kagum dengan usaha JKKK Chatin yang berjaya mengusahakan tanaman jagung di kawasan terbiar di kampung tersebut.
Menurut beliau, program 'Rakan Kebun Anda' yang dijalankan Jabatan Pertanian sangat bermanfaat kepada petani kerana mereka boleh mendapatkan semua maklumat mengenai penjagaan, penanaman dan teknik tanaman yang betul.
"Ia secara tidak langsung menjadikan Jabatan Pertanian sebagai rakan komuniti dalam memajukan sektor pertanian.
''Ia juga dapat memperkenalkan teknologi baru pertanian untuk meningkatkan produktiviti petani," jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, tiada alasan untuk petani tidak berjaya kerana Jabatan Pertanian bukan sahaja memberikan khidmat nasihat malah, turun padang melihat perkembangan hasil pertanian mereka.
''Jika terdapat sebarang masalah seperti serangan penyakit, ulat dan sebagainya pihak tersebut akan segera membantu menyelesaikannya," katanya.

Saturday, February 5, 2011

BADMINTON TEMERLOH UNITED

 
 Dewan tempat berlangsung nyer pertandingan badminton tertutup Temerloh United

 Keadaan di konter pendaftaran agok sibuk sikit,kelihatan akok shimoh agok serius ngabor sesuatu pada peserta sambil di peratikan oleh urusetia yg lain dengan penuh teliti

 Pintu masuk utama di kawal rapi oleh tok4 iejat dan pakcu Man demi keselamatan pemain dan peganjur

 Sedara Juhaizi dan 2 anok nyer antara pemain sempat memanaskan sebelom hati jadi panas

 Beberapa taklimat dan pesanan perlu di sampaikan agor pemain beringat

 
 Para penonton juge di berikan peringatan oleh akok simoh ni supaya x der pergaduhan antara penyokong

  Kelihatan para penyokong mcm paham apa paksud yg di sampaikan oleh akok simoh tadi..
 
 Kelihatan para penyokong dan pemain besiap sedia dengan utk main dan nyokong

 
 Perlawanan pertama bermula,ini merupakan regu agok meresohkan pehok lawan kerana regu ni mengunakan strategi tinngi rendoh dari pemain nyer

 
 Besiap sedie menantikan servis petama dari pehok lawan yg sokmonyer x lepas

 Perlawanan pertama regu wanita yg agok kelihatan santai jer

 Gemuruh jek rodong ni nok ngantor servis, maklom lah perlawana pertama

 Pemain paling junior yg x kurang hebat nyer nyemash

 Regu wanita ke2 yg ternyata memberikan saingan sengit

Penuh konsisten melayokan diri ke perlawanan seterus nyer

 Empire yg sangat tegas dalam mengadili perlawanan

 Para penyokong kelihatan terpegun dengan aksi2 yg penuh mendeborkan

 
 Senyuman manis dari saloh sorang penyokong

 Pengumuman dari sorang urusetia mengaborkan perlawan terpaksa dihentikan seketika kerana dah nok masuk tengoh hari dan peserta laki di keroh ke masjid dulu utk sembahyang jumaat

 Sedikit kekecohan apa bila ande pemain mintok perlawanan di teruskan dari pemain2 wanita

 Sape nok nompang koii gi sembahayang jumaat ni karang...

 Para pemerhati meluahkan pendapat nyer dan mengaborkan " jangan muwat kisok..petang karang main lah puas2.."

Barisan urusetie nyusun jadual baru utk perlawan sebeloh petang agor perlawanan menjadi lebih berprestif dan merioh

Antara pemain bersiap sedia utk perlawanan sebeloh petang nyer...

Menlakorkan kenangan dulu sebelom main sebab perlawan kali ini terus ke perlawanan kaloh mati

Jugek kepada pemain wanita,apa2 hei bergambor dulu,kalau kaloh karang x jumpa dah

 Bergambor lah dulu dengan bakei juare dan naib juare

Regu wanita yg bakei memberikan saingan sengit pada sebeloh petang ini

Apa2 hei ngan empire kena ingat jugek kalau tidok karang senget padang

Pakcu Aseri yg begitu seronok ngat dia bila dapat mengadili perlawanan regu wanita

Pakcu aseri mengadili perlawanan regu wanita dengan penuh hati2

Terpegun....

Ngantor laporan ke pehok atasan

Haa...  kan ke sakit nok ngambik bolo gitu...ini saloh 1 bibit perlawanan yg sempat di rakam kan

 Apa kes lah abg ni gelok ke rodong hak main tu..

Terpegun dengan aksi2 yg mendeborkan

Pasangan regu yg begitu serasi dalam setiap perlawanan yg mana regu ini ande potensi nok jadi 
juare

 Ini lah yg di katakan semangat

 Aksi pemain yg betui2 menarik perhatian 3 beranok ni....

Ketibaan VIP TU yg di tugaskan utk meyampaikan hadio pada pemenang nanti di jamu dengan bubur kacang

Bergambor dulu sebelom perlawanan akhir regu lelaki

Regu pompuan  yg di kaborkan akan lepas utk ke perlawanan akhir

Layok ke perlawanan akhir

Menda lah di peratikan oleh 2 beranok ni

Sebelom perlawanan akhir pompuan

Mendapat sokongan padu dari org teristimewa sebelom perlawanan akhir

Naib johan regu pompuan tahnioh lahh..

Juare regu pompuan,mmg regu yg di jangka

 Walaupn gagal merebut tempat ke3 namun regu tetap memberikan post istimewa utk para peminat nyer

Empire Mohd rozi sedang mengadili perlawan regu laki utk menentukan tempat ke3

Tempat ke3 regu lelaki

Naib johan regu lelaki yg mana setiap perlawanan nyer mmg memukau para penonton dengan smash yg meletop nyer...

Juare regu laki yg mana kelebihan berpihok kepada nyer atas sebab pengalaman

 Senang hati dah urusetia bila VIP dah datang dan di jamu dengan bubr kacang

 Para penyokong setia yg sedikit pun x berganjok dari awei hingga ke petang

Masih setia memberikan sokongan padu

 Wajoh penyokong setia,sedikit nampok letih
 
Melakorkan kenangan bersama para pemain sebelom berpisoh

Permintaan bergambor bersama peminat

Post istimewa utk peminat

Sebelom balik borok2 dulu

Sebelom balik ngeteh dulu di gerai sebeloh dewan