Jadi lah orang yang cergaih jangan hampuraih !

Sunday, December 26, 2010

Pembelot ancam masyarakat


KEJADIAN ragut berlaku ekoran sikap orang ramai yang memberi peluang dan ruang kepada penjenayah melakukan jenayah. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Individu yang diumpamakan musang berbulu ayam kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat apabila mereka dilabelkan sebagai pembelot dan penyebab kepada bertambahnya jenayah jalanan membabitkan kes ragut dan samun.
Golongan ini amat berbahaya kerana mereka digunakan oleh penjenayah untuk menjual barangan samun sekali gus menyebabkan kejadian jenayah akan terus subur walaupun dikekang oleh pihak berwajib.
Pembelot itu merupakan mereka yang sanggup membeli barangan curi pada harga murah daripada para penjenayah.
Dengan ruang dan peluang yang diberikan itu, penjenayah semakin rakus untuk memburu mangsa.
Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menjangka akan menjadi mangsa samun dan kalau boleh meramal, sudah tentu kita tidak mahu dijadikan sasaran kerana ia bukan sahaja mendatangkan kerugian malah kecederaan atau lebih teruk, maut.
Sebagai contoh, Kosmo! pernah melaporkan sebuah klinik di pinggir ibu negara menjadi sasaran sekumpulan empat penjenayah bergelar Penjahat Empat Jahanam yang melakukan samun terhadap doktor, empat pekerja dan seorang pesakit melibatkan kerugian RM10,000 pada 1 Januari lalu.
Dalam laporan itu, Kosmo! menyiarkan imej kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan empat lelaki Melayu bersenjatakan parang dan kapak menyamun premis itu.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, situasi berkenaan tidak akan berlaku sekiranya tiada pembelot di kalangan masyarakat.
Katanya, pembelot yang dimaksudkan ialah individu yang sanggup membeli barangan samun seperti barang kemas, telefon bimbit dan alatan elektrik pada harga murah.

WAHAI RODONG2 TEMERLOH UNITED  BERINGAT-RINGAT LAH KITA PADA MASALOH SEBEGINI JADI PADA KITA WARIS2 KITA....SENTIASA LAH AMALKAN SIKAP TIDOK MEMBERI PELUANG PADA DAMER2 YG KAKI RAGUT NI NOK MERAGUT...

Pendeposit SSP 1.6 juta orang



AZADDIN (kanan) dan Md.Yunos (dua dari kanan) bersama pemenang cabutan SSP iaitu Mohd. Khairi Kalis (kiri) dan Veerapan a/l Perisamy di Melaka baru-baru ini.



MELAKA - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk menambah 100,000 pendeposit Sijil Simpanan Premium (SSP) pada tahun depan dengan nilai simpanan sebanyak RM400 juta lagi.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbankan Cawangan BSN, Azaddin Ngah Tasir berkata, pendeposit SSP pada masa sekarang adalah sebanyak 1.6 juta orang dengan nilai simpanan sebanyak RM1.46 bilion.
"Pendeposit digalakkan untuk menambah simpanan masing-masing kerana BSN akan membayar dividen kepada mereka yang memiliki jumlah simpanan minimum sebanyak RM2,000," katanya selepas merasmikan Majlis Cabutan SSP bagi bulan Disember di sini baru-baru ini.

MOH LAH RODONG-RODONG KITA NGACU NYIMPAN KE SINI PULOK..MANA LAH TAU KOT2 CEROH MASA DEPAN....

Wednesday, December 22, 2010

ANTARA IKLAN YG BOLEH DIKAITKAN DENGAN PROGRAM NGETEH 25 DISEMBER NANTI

Jualan kembali baju t-shirt temerloh united kepada ahli2 yg masih belom memiliki yg mana sebelom ini t-shirt telah keputusan stok akibat sambutan yg hangat dari rodong2 temerloh united.

Acara meyampai kan buah tangan dari ahli2 Temerloh United utk menambohkan lagi menu dan pemakan bagi rodong2 Temerloh United semasa progrem ngeteh tersebut.
Peringatan kepada rodong2 temerloh United supaya dapat menghadirkan diri ke progrem tersebut lebih awal dan tepat pada masanyer agor semua program berjalan dengan seperti yg di rancangankan.
Saloh 1 acara yg mungkin akan di pertandingan bagi memeriohkan lagi progrem ngeteh ujong tahun ini.Yg mana acara ini berbentuk acara terbuka tanpa mengira jantina..
Penyerohan baju koperat kepada ahli2 Temerloh united yg telah membuat tempahan dan siap dengan bayaran lebih kurang pada 2 bulan yg lalu...

WAJOH2 YG DIRINDUI AMTO

Harak2 dapatlah jumpe deme ni mase ngeteh santai 25 Disenmber nanti.

Mokhtar Bakar

Wednesday, December 1, 2010

JENIS LAUK PAUK DARI RODONG2 TEMERLOH UNITED

 GULEI REBONG + AYAM +SAMBEI BELACAN + IKAN KEMBONG GOREN GARING + ULAM-ULAM.  ( MENU MAKANAN TENGOHARI )
 TELOR DADOR + PUCUK MAMAN + KULAT SISIR
( MAKAN TENGOH HARI @ MAKAN MALAM )
 GULEI LEMOK PUCUK UBI @ PUCOK PAKU + PUCOK UBI REBUS + TELOR MASIN + IKAN KERISI GORENG + PEDA ( BUDU )
( KOMPOM UTK MAKAN TENGOH HARI )
GULEI PATIN MASOK TEMPOYOK + AYAM BERLADA + IKAN MASIN SAMBEI + GULEI LABU
( MAKAN TENGOH HARI @ MALAM )
 NASI UJAN PANAS + KETUPAT + LEMANG + AYAM BERLADA + KARI DAGING.
( SARAPAN PAGI RAYA AIDIL ADHA )
 IKAN SIAKAP 3 RASA + SAYUR KACANG UDANG + IKAN KEMBONG GORENG + ULAM PETEI + PEDA ( BUDU )